Apabila Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib
Pengerusi DAP memberi pandangan peribadi yang mengkritik perhimpunan
Bersih 3.0, semua media utama seperti TV3 dan Utusan Malaysia menjadikan
ia sebagai tajuk utama. Semalam ketika seorang sahabat sedang menikmati
makan malam di sebuah restoran, Buletin Utama TV3 menyiarkan berita
ini, beberapa pengunjung restoran tersebut begitu terkejut kerana mereka
menyangkakan DAP selama ini adalah parti kaum Cina, lebih mengejutkan
mereka apabila seorang Melayu bernama Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
menjadi Naib Pengerusi DAP.
Nampaknya TV3, Utusan Malaysia dan lain-lain media utama telah memberi promosi percuma untuk parti DAP.
Apakah anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang kini bersama DAP iaitu Saudara Zairil Khir akan diberi liputan serupa? Kisah Zairil Tan Sri Khir Johari di (baca di sini)
Tunku Abdul Aziz bantah Bersih 3.0 26 April 2012
KUALA LUMPUR - Seorang ahli Dewan Negara daripada DAP menggemparkan sesi sidang dewan apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut ketika bangun berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sesi tengah hari ini.
Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.
‘‘Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya. - (Media Upco)
Sumber - HarakahDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan