
Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, bagi membuktikan keterbukaan dalam demokrasi, KTMB juga mesti memastikan bendera parti gabungan Pakatan terus dikibarkan dan memeliharanya daripada sabotaj.
"Pemuda PAS mengingatkan, stesen Komuter KTMB adalah milik awam. Tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan ditegah.

Riduan (gambar) mengingatkan bahawa perkhidmatan Komuter dan stesennya dibina hasil titik peluh rakyat yang memberikan sumbangan kepada kerajaan dan negara, bukan dibina menggunakan duit pemimpin BN.
Beberapa stesen Komuter di Selangor semalam dikesan dipasang dengan bendera BN, yang dikaitkan dengan dakwaan terdapat arahan oleh Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya membenarkan perkara itu dan memeliharanya daripada khianat.
Mohd Zin yang juga penyelaras BN Selangor bagaimanapun menafikan perkara itu tetapi berpendapat tindakan itu tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.
Bekas menteri kerja raya itu juga berkata, kalau bendera lain hendak dinaikkan sama, perkara itu juga tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu keselamatan.

"Jika mereka dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan KTMB atas tindakan mereka itu, ini membuktikan KTMB masih dikawal oleh pengaruh BN yang mengongkong kakitangannya daripada menyatakan sokongan politik kepada mana-mana pihak," kata Riduan.
Sumber - Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan