Pengikut

Ahad, 15 April 2012

Mahasiswa pasang semula khemah yang diroboh DBKL

Kumpulan aktivis mahasiswa memasang semula khemah yang dirobohkan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Kesal dengan tindakan itu yang menyebabkan sebahagian peralatan khemah rosak, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohd Safwan Anang terus masuk ke khemah berkenaan.

‘Dua dari enam khemah kami rosak dan patah. Satu khemah terpaksa kami simpan sebagai ‘back up’ jika apa-apa berlaku,’ kata bekas Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Razab pula.

Terdahulu, sekumpulan penguat kuasa DBKL merobohkan khemah dan merampas kain rentang SMM atas arahan seorang ketua dikenali Zamiya, kira-kira jam 3 petang.

Tindakan itu mendorong mahasiswa melaungkan teriakan ‘Student Power’ dan terus berada di dataran itu bersama khemah yang diroboh.

Sejak khemah itu dipasang, ia menjadi tumpuan ramai yang mendengar pidato mereka atau bergambar termasuk pelancong asing.

Bagaimanapun, tinjauan Keadilan Daily mendapati seorang pemandu pelancong yang membawa sekumpulan pelancong yang kebetulan melalui Dataran Merdeka diarah menghentikan penerangan mengenai perkhemahan itu.

Arahan itu dipercayai dilakukan seorang anggota polis berpakaian biasa sedangkan penerangan itu dibuat berikutan terbit pertanyaan daripada kumpulan pelancong asing yang berminat dengan aktiviti perkhemahan berkenaan.

Penerangan itu kemudian diubah dari bahasa Inggeris kepada bahasa lain.

Sumber - KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan