Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno. "Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.
"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula. "Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.
Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.
Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia. Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.
Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu. Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.
Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006. Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan