Pengikut

Rabu, 18 April 2012

Katak tubuh TIBAI pulak dah!!

Sebuah kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana.

TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor.

Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar.

Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Antara penampilan istimewa dalam majlis pelancaran itu nanti termasuklah Umi Hafilda, Datuk Shazril Eskay Abdullah, Wee Choo Keong, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Anuar Shaari.

“Orang ramai boleh menyertai kelab ini secara bai’ah (nyatakan ketaatan dan kesetiaan). Kita tubuhkan kelab ini agar rakyat sedar dan terus menolak Anwar habis-habisan.

“Kita sedar Anwar akan kata tindakan ini tidak menguntungkan dan ia kerja Umno. Tapi kita bekas anggota pemimpin PKR akan turun sebagai task force baru dalam bentuk program seperti gerakan sumpah keramat,” katanya.

Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor).

Sumber - FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan