
Beliau mengulas mengenai tindakan mengalungkan bunga dan meletakkan replika batu nisan pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin ketika demonstrasi menuntut pendidikan percuma dan pemansuha

Menurutnya, mereka bertindak demikian kerana merasakan dua pemimpin itu memainkan peranan besar dan bertanggungjawab terhadap isu itu.
“Simbolik yang kami ingin sampaikan ialah peranan yang dimainkan mereka telah mati. Mereka menyebabkan ramai mahasiswa yang tidak mampu membayar balik pinjaman sehingga dianggap sebagai penjenayah.
“Mahasiswa tidak mampu bayar balik pinjaman tidak boleh keluar negara, di senarai hitam, digambarkan dengan pelbagai imej negatif dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Syahid yang juga Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional berkata, mengikut kajian dijalankan, Malaysia mampu memberikan pendidikan percuma kepada mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).
Sumber - SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan