
Jumlah berkenaan meningkat mendadak sejak malam semalam apabila kumpulan pelajar tersebut diserang oleh kira-kira 50 orang individu tidak dikenali.

Selain khemah, pelajar berkenaan juga menerima sumbangan makanan dan minuman termasuk nasi lemak, mee, dan biskut oleh orang ramai yang hadir.
Malah golongan peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga dengan menjual topi dan kemeja-T BERSIH 3.0, sempena perhimpunan yang akan dijalankan di lokasi tersebut pada 28 April.

Golongan pelajar berkenaan antara lainnya menyertai kegiatan Sidang Siswa yang dikendalikan aktivis dan pengarah filem Fahmi Reza dan mengikuti ucapan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahasiswa dan aktivis telah berkampung di Dataran Merdeka selama tujuh hari bermula Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Sumber - Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan