Pengikut

Sabtu, 28 April 2012

Chegu Bard, Tian Chua antara lebih 200 ditahan

Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharim dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari  ditahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur.
Kumpulan peguam Bersih juga sudah berada di sana.

Mereka bertiga dinaikkan dalam satu trak ke Pulapol.

Bagaimanapun, Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggian CheguBard difahamkan naik sambil bertengkar dengan polis kerana beliau ditangkap dengan kasar.

Manakala Ketua Kordinator NGO Jingga 13. Faris Musa memberitahu, beliau sempat bersembunyi disebuah hotel semasa polis membuat tangkapan di Jalan Tun Perak lewat petang tadi.

Tetapi, kata beliau empat ahli Jingga berjaya ditahan dan dibawa ke Pulapol.

Difahamkan lebih 200 orang ditahan dalam perhimpunan Bersih 3 ini.

-FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan