Walaupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN, beberapa stesen Komuter di Selangor bagaimanapun dilihat mula 'membiru'.
Tinjauan Malaysiakini di tujuh stesen Komuter bermula di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang mendapati dua stesen dekat Shah Alam sudah dipasang dengan bendera BN.
Kelihatan lebih 30 bendera di pasang, kebanyakannya di kawasan pagar di stesen Batu Tiga dan sekurang-kurangnya 10 bendera lagi dipasang di stesen Shah Alam.
Bagaimanapun, di Batu tiga, selain di pagar Komuter, kelihatan beberapa rumah sepanjang landasan kereta api juga kelihatan dipasang dengan bendera parti sama.
Malaysiakini juga mengunjungi stesen Petaling, Templer, Seri Setia, Setiajaya dan Subang Jaya tetapi tiada bendera BN dipasang di situ.
Sementara itu, bendera yang dipasang didapati tidak menghalang laluan serta perjalanan Komuter dan pengguna perkhidmatan kereta api itu juga dilihat tidak menghiraukannya.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan membenarkan bendera di pasang di seluruh 28 stesen di Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Menurut sumber, beliau didakwa meminta pegawai KTMB memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen.
Malah, beliau dikatakan meminta polis bantuan memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.
Bekas menteri kerja raya itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan itu tetapi berpendapat ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.
Sumber - Malaysiakini
p/s: BN hilang punca dah... kah kah kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan