Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, seperti Bersih pada 9 Julai lalu, anak muda menjadi gelombang utama memenuhi bandar raya Kuala Lumpur biarpun pihak Polis menggunakan pelbagai cara menghalang kemaraan rakyat.
“Bersih 3.0 bakal menyaksikan kebangkitan anak muda bukan sekadar menjadi komponen mobilisasi penting, tetapi akan menjadi benteng di kiri dan kanan setiap rakyat Malaysia di Dataran Merdeka pada 28 April nanti.
“Tidak ada sebab untuk anak muda tidak bersama rakyat dalam himpunan ini kerana kepercayaan rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah tidak dapat dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Syukri yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia berkata, kekalutan dalam daftar pemilih bertambah merisaukan apabila Merdeka Centre dalam kajiannya menyatakan hampir 32 peratus daripada senarai daftar pemilih tidak dapat dipastikan keabsahannya.
Katanya, isu utama yang sepatutnya diselesaikan Kerajaan Malaysia melalui SPR ialah peningkatan mendadak ini kerana sistem daftar pemilih di Malaysia masih mengekalkan cara lama selain saluran pendaftaran yang dipertingkatkan.
“Atas dasar ini, saya menyeru seluruh anak muda Malaysia mengetepikan apa juga perbezaan fahaman dan bersatu demi masa depan Malaysia yang bebas daripada penyelewengan pilihan raya dengan menyertai Duduk-Bantah di dataran Merdeka.
“Kita turut tuntut Kerajaan membersihkan segera senarai undi yang meragukan dan laksanakan kesemua lapan tuntutan rakyat. Anak muda Bersih 3.0 akan turun dan akan terus setia Duduk-Bantah bersama rakyat Malaysia sehinggalah segala tuntutan Bersih 3.0 ditunaikan,” katanya.
Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0
#Penulis juga merupakan Kordinator Right To Trial Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) - SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan