Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

Rakyat marah hutang Tajudin dilupuskan

Umno perlu bertanggungjawab ke atas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melupuskan RM589 juta hutang taikun yang rapat dengan Umno, Tan Sri Tajudin Ramli.Ini kerana rakyat, terutamanya orang Melayu tidak wajar dibiarkan menanggung kerugian syarikat milik kroni Umno semata-mata atas nama kepentingan Melayu.Ia dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana sempena sehari sebelum perarakan membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad di Bangi semalam.

Menurut Anwar, adalah tidak adil apabila taikun Umno itu diselamatkan kerajaan walaupun syarikat yang dikendalikannya rugi berbilion ringgit.

“Singapore Airlines untung berbilion ringgit. Malaysia Airlines berbilion ringgit rugi. Singapore Airlines satu tahun (bekerja), enam bulan bonus. Malaysia Airlines enam tahun (bekerja) tiada bonus.

“Siapa bertanggungjawab? Umno! Mereka bagi saham (pemilikan MAS) kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

“Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. Bulan lalu kerajaan bagi RM600 juta pula kepada Tajuddin. Apa dia ini?

“Kamu kata dia menyebabkan hutang RM8 bilion. Yang tanggung kami di bawah. Tapi tak apa, hidup Melayu,” kata Anwar sinis dan disambut sorakan daripada kira-kira 2000 hadirin ceramah.

Tan Sri Tajudin Ramli adalah salah seorang taikun yang muncul sewaktu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir cuba mewujudkan golongan korporat Melayu segera semasa pentadbirannya.

Sewaktu beliau mengepalai Malaysian Airlines System (MAS), syarikat penerbangan itu mengalami kerugian berbilion ringgit.

Namun Tajudin terselamat apabila saham beliau dibeli kembali kerajaan pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Beliau kembali mencuri perhatian baru-baru ini apabila Najib memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Danaharta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

-KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan