Pengikut

Selasa, 27 Mac 2012

Betul ke harga '1Malaysia Chopper' yang Najib terima cuma RM450,000?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).



Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka.

"Sebagai seorang yang selalu menonton Discovery, saya berharap akan dapat melihat pemandangan biasa yang saya lihat di negara ini termasuk 1Malaysia Chopper," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menerima 1Malaysia Chopper bagi pihak Kementerian Pelancongan serta merasmikan pakej pelancongan '5 Mountains Motorcycle Tour' di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini – Utusan 24 Mac 2012




Kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Yen Yen Ng "Selain mewakili masyarakat Malaysia yang pelbagai, “Chopper 1Malaysia” akan menjadi alat publisiti yang baik untuk pelancongan dan kita akan menggunakannya untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bermotorsikal yang mempunyai potensi untuk menarik pasaran."

Difahamkan 1Malaysia Chopper ini adalah rekaan Mr. Paul Teutul Sr. dari Orange County Choppers (OCC) USA yang popular dalam rancangan American Chopper di saluran Discovery Channel.

Ianya ditempah khas oleh Tourism Malaysia dan dibuat sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr bersama kumpulan mereka.

Harganya hanyalah sekitar USD150,000 atau bersamaan dengan RM450,000 sajeee….(sumber harga dari SINI)

Apa yang aku tak faham ialah bagaimana 1Malaysia Chopper ini akan digunakan untuk mempromosikan Malaysia dimata dunia jika ianya ditempah hanya untuk diletakkan diruang legar Kementerian Pelancongan..

Mana mungkin Ng Yen Yen akan menunggangnya mengelilingi dunia atau Najib sendiri yang akan menunggangnya menjelajah dunia..

Menjelajah dunia lah.. baru dunia kana kenal Malaysia, kalau setakat menjelajah Malaysia.. tak payahlah..



-ASD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan