Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

Umno kekalkan Pak Lah dan pemimpin veteran untuk PRU-13

Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas kerana Barisan Nasional (BN) mengharapkan pemimpin veteran dan wakil rakyat berkebolehan untuk mempertahankan Putrajaya dari ditawan Pakatan Rakyat, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan bekas perdana menteri dikekalkan di kawasan yang dimenangi beliau buat pertama kali pada 1978 sebagai pemimpin baik dan merupakan "calon boleh menang" yang dicari Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Tun Abdullah telah diminta mempertahankan kerusi seperti Umno dan BN mahu mendapatkan kemenangan maksimum," kata sumber-sumber.

Abdullah, merupakan perdana menteri dari 2003 hingga 2009, memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali kelapan dengan majoriti 11,246 undi apabila beliau mendapat 23, 445 sementara Subri Mohd Arshad dari PAS memperoleh 12,199 undi.

"Umno dan BN sedang memperhalusi senarai nama untuk memastikan mereka mendapatkan calon yang boleh menang sama ada di negeri atau pusat. Setiap kerusi dikira," kata sumber BN, berkata pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop boleh dikekalkan.

Penganalisis dan pengkritik berkata Najib mahu memperoleh kemenangan yang bersungguh-sungguh walaupun ia sukar untuk dicapai perdana menteri keenam untuk mencapai prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Abdullah memenangi 91 peratus daripada 222 kerusi Dewan Rakyat di Parlimen pada 2004 tetapi kalah dua pertiga majoriti selepas gabungan itu hanya memenangi 140 kerusi pusat dan lapan negeri pada 2008.

"Datuk Seri Najib Razak mahu memenangi pilihan raya umum berikutnya. Bagaimanapun, kemenangan itu hanya yang pertama bagi Pelaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI). Kedua beliau mesti mengatasi Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 (140 kerusi).

"Sesungguhnya, sebab asas kebangkitan Najib gagal kerana tidak melaksanakan janji mengembalikan kegemilangan Umno (dan BN) seperti dulu. Gagal untuk mencapainya akan dinilai semula kepimpinannya," kata penganalisis politik Karim Raslan yang menulis di ruangannya dalam akhbar The Star semalam.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluangkan masa beberapa bulan lalu turun padang untuk menilai kesediaan BN menghadapi pilihan raya umum yang mesti diadakan pada pertengahan 2013. Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga selepas Jun ini.

Penganalisis meramalkan BN akan memanggil pilihan raya umum bulan depan tetapi masih banyak isu yang belum diselesaikan seperti rombakan gaji perkhidmatan awam yang boleh menghakis sokongan terhadap pemerintah di antara 1.4 juta kakitangan kerajaan.

Najib memperuntukan lebih daripada RM2 bilion untuk rombakan termasuk dua peratus dalam pencen untuk 600,000 pesara pada Belanjawan 2012 tetapi kebanyakan daripada kenaikan gaji lebih menguntungkan pegawai kanan.

Najib telah mengarahkan kajian semula dijalankan dengan satu laporan dijangka pada 16 April.

BN juga dilihat menangguhkan pilihan raya umum sebagai percubaan menyelesaikan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) di mana keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dituduh menggunakan dana awam RM250 juta untuk kepentingan sendiri.

Presiden Umno dan parti gabungan BN juga berdepan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan satu gerakan membantah kilang nadir bumi Australia daripada beroperasi di Kuantan, ibu negeri Pahang - negeri kelahiran Najib dan sebahagian daripada kawasan Parlimen Pekan.

Pihak berkuasa dan syarikat Lynas Corp menegaskan kilang itu selamat tetapi penduduk tempatan bimbang tentang pelupusan bahan buangan kerana Australia enggan mengambil sisa-sisa nadir bumi di negara itu.

Semalam Business Times melaporkan Putrajaya akan menamakan Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang mana sumber memberitahu The Malaysian Insider langkah itu bagi memastikan Ketua Pemuda Umno itu mendapatkan peluang yang lebih baik.

"Keputusan telah dibuat memandangkan Khairy mesra dengan beliau tetapi tidak mempunyai jawatan rasmi kecuali ketua Pemuda Umno. Beliau memerlukan satu jawatan untuk mengukuhkan kedudukannya," kata sumber kerajaan, menambah wakil rakyat Parlimen Rembau itu akan mempertahankan kerusi itu.

"Khairy berhak untuk jawatan lebih tinggi tetapi ia masih belum terjadi. Jadi ini yang terbaik boleh dilakukan untuk beliau berada dalam kedudukan lebih kukuh," kata seorang lagi sumber, mengesahkan pemimpin Umno itu dilantik PUNB.

Putrajaya kebiasaannya melantik Ahli Parlimen untuk mengetuai agensi kerajaan, dilihat sebagai latihan untuk mereka dilantik ke jawatan lebih tinggi, mungkin dalam Kabinet. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan