Pengikut

Khamis, 23 Februari 2012

Siapa dibelakang Tajudin?

Ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah percaya bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia Tan Sri Tajudin Ramli mungkin ‘memegang seseorang yang amat berkuasa dalam kerajaan" kerana tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadapnya dan malah, beliau berjaya memperolehi penyelesaian luar mahkamah.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Sivarasa juga mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan yang diambil ke atas Tajudin, meskipun pelbagai laporan polis dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dibuat terhadapnya oleh pihak pengurusan kanan MASKargo pada 2007.

"Siapakah orang yang begitu pengaruh ini dalam kerajaan Malaysia, kemungkinan besar dalam kabinet? Tajudin mampu mencengkam kukuh sehingga beliau boleh lakukan semua ini?

tajudin ramli mas 070910"Dua orang yang boleh membantu kita menjawab soalan ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang sering dilaporkan media memperkatakan mengenai penyelesaian itu," katanya.

Menurut Sivarasa, Idris juga mungkin mempunyai bayangannya kerana beliau mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS pada tahun 2007.

Katanya lagi, mengikut laporan MASKargo kepada SPRM, Idris juga ada memberi taklimat kepada perdana menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai salah laku yang didakwa dilakukan oleh Tajudin pada tahun yang sama. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan