Beliau berkata, jika mahu dianggap sebagai menteri yang efisien, Raja Nong Chik sepatutnya bertegas membahaskan isu ini secepat mungkin demi membantu golongan miskin bandar memiliki rumah.
“Kami sebelum ini sudah bersemangat menyahut cabaran beliau untuk berdebat demi mendapatkan hak kepentingan rakyat, namun tiada respons susulan daripada pihaknya sejak 6 Februari lalu sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, surat terbuka yang diberikan kepada Nong Chik pada 15 Februari lalu juga tidak dibalas.
“Dalam surat itu, saya bertegas tidak setuju tentang kadar faedah 6.5 peratus yang dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin, terlalu tinggi dan tidak munasabah.
“Walhal kadar yang diberikan kepada peminjam RM250 juta untuk Pusat Fidlot Kebansgaan (NFC), hanya dua peratus pula, di manakah keadilan?” katanya.
Awal bulan ini, tiga Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat menyahut ajakan debat Raja Nong Chik berhubung isu penggunaan dana KWSP.
Nurul Izzah, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad, wakil rakyat kerusi Kuala Selangor menyatakan persetujuan menyertai debat. -Sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan