Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel. - BERNAMA
p/s: Mujur Tun tak ber'SMS dengan Ehud Barak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan