Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Najib takut berdebat - Rafizi

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri sebagai ketinggalan zaman kerana enggan berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan debat politik menjadi ‘trend‘ masa kini.

Menyifatkan sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat, beliau berkata, debat antara pimpinan politik kini menjadi trend yang dituntut rakyat.

“Najib tidak boleh elak berdebat. Makin lama mengelak, semakin besar kesannya terhadap imej dan kredibilitinya sama ada dalam negara atau peringkat dunia,” katanya.

Beliau mengulas debat terbuka yang rancak kebelakangan ini, terbaru antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam di Kuala Lumpur.

Ironinya, acara itu dirasmikan sendiri oleh Najib yang sehingga kini tidak menyahut cabaran debat.

Malah, Najib tahun lalu pernah menyatakan Anwar akan ‘demam’ jika berdebat dengannya tetapi sehingga kini, Presiden Umno tidak berani berdebat

Sebelum ini, Rafizi berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di London depan mahasiswa berhubung kandungan Buku Jingga.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Rafizi hairan kerana Najib sangat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang sekalipun media arus perdana berada dalam kongkongan kuasanya.

“Sebab itu, saya sifatkan Najib pemimpin paling penakut dalam dunia,” katanya.

Lebih-lebih lagi, kata Rafizi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan pemimpin mereka sedia debat pada bila-bila masa.

“Ini teguran langsung daripada mereka agar Najib (Pengerusi BN) menyahutnya,” kata beliau. -KD

1 ulasan: