Pengikut

Sabtu, 11 Februari 2012

Laporan polis dibuat terhadap Hasan Ali

Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Hasan (kanan) dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas. -Sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan