Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

Hassan Ali salahkan PAS programnya tak dapat sambutan

NGO JATI pimpinan Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS menjadi punca programnya di Terengganu kurang mendapat sambutan.JATI mengadakan dua program di Kuala Terengganu dan Kemaman hujung minggu lalu.

Kedua-duanya dkatakan mendapat kerjasama dari Umno bahagian.Program di Stadium Negeri di Kuala Terengganu telah dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.Perkara itu disahkan Pesuruhajaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu.

“Beberapa AJK Umno Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang yang menganjurkan program Datuk Hasan itu,” kata beliau.

`Salahkan PAS’

Bagaimanapun, menurut seorang ahli PAS, program JATI itu kurang mendapat sambutan orang ramai.

“Tidak ramai yang datang, kurang lebih beberapa ribu orang sahaja. Tetapi Hasan kata, PAS halang ahli datang ke program tersebut.” kata beliau.

Bagaimanapun, Wahid menafikan dakwaan tersebut.

Beliau menambah, “Hasan bukan lagi orang PAS, bermakna beliau tidak boleh memaksa datang ke programnya”.

Program Hasan di Kemaman dihadiri kira-kira 5, 000 orang tetapi timbul dakwaan Umno menyediakan berpuluh-puluh bas untuk mengangkut ahli-ahlinya. -KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan