Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

BR1M: Dengar ceramah Umno 3jam baru dapat RM500?

Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“Kalau program penyampaian dibuat pada waktu petang, ada penduduk yang tidak sempat hendak menunaikan solat.

“Ini kerana semua pemimpin Umno mahu berceramah, bukan seorang dua. Sedangkan duit itu bukan duit Umno,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdulllah.

Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad, 54, dari Melor pula berkata, beliau terpaksa mendengar ceramah pemimpin Umno termasuk Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebelum mendapat duit RM500.

Katanya, bukan seorang yang bercakap, malah semua pemimpin Umno mahu menggunakan program penyampaian BR1M bagi menghodohkan PAS dan kerajaan negeri.

“Saya mendapat RM500 pada majlis yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan baru-baru ini,” katanya.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program penyampaian wang BR1M bagi menarik undi rakyat.

“Sedangkan wang bantuan tersebut milik kerajaan dan bukannya hak Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di Wakaf Baru malam tadi.

Hadir sama Adun Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi, anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Ketua Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah dan Ketua Cabang PKR Tumpat, Che Awang Che Mat.

Beliau juga berkata, perjuangan PAS dan Umno berbeza jauh biar pun pemimpin kedua-dua parti ada yang memakai serban dan digelar ulama.

Katanya, ulama dalam Umno hanya digunakan pada musim-musim tertentu menjelang pilihan raya diadakan.

“Tindak tanduk mereka tidak ubah seperti kukur kelapa hanya digunakan pada musim kenduri sahaja.

“Selepas kenduri diletak di bawah rumah sehingga menjadi tempat cicak dan ayam bertelur,” katanya.

Lau yang juga bekas guru besar berkata, sebahagian besar penjawat awam termasuk guru, askar dan pegawai kerajaan takut kalau tidak sokong Umno kerana tidak dinaik pangkat dan ditukar ke kawasan pedalaman.

Namun katanya selepas pencen mereka beramai-ramai melompat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya pengalaman sepanjang lebih 20 tahun bersama dengan BN didapati perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan diri dan keluarga sahaja.

“Contohnya ada di hadapan kita sekarang, peruntukan projek menternak lembu sebanyak RM250 juta diguna untuk membeli kondominium mewah, kereta mercedes dan buat makan angin,” katanya. -Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan