Pengikut

Selasa, 31 Januari 2012

Umno akan sokong Israel jika menguntungkan mereka

Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusuf berkata kerajaan Malaysia sebenarnya tiada dasar jelas apabila berdepan isu kritikal seperti pertikaian Israel-Palestin.

“Dasar luar kerajaan adalah opportunist (mengambil kesempatan)” katanya merujuk kepada tindakan Umno BN menggunakan khidmat APCO, agensi perhubungan awam Yahudi yang bertentangan dengan prinsip dasar luar negara.

Menurutnya, kerajaan Umno BN tidak konsisten apabila cuba melabel Anwar sebagai pro-Israel tetapi pada masa sama tidak teragak-agak mengupah APCO untuk kontrak gubahan imej negara.

“Pelantikan APCO langsung tidak menjaga sensitiviti dasar luar kerajaan yang mengharamkan sebarang hubungan diplomatik antara Israel,” kata Yusmadi lagi.

APCO adalah firma Yahudi yang diupah Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menaikkan imejnya sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dengan menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM77 juta setahun.

Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun, tahun lalu.

“Jadi apa dia dasar yang sebenar Kerajaan mengenai Israel ini? Ia masih tidak jelas sehingga kini,” kata Yusmadi.

Menurut Yusmadi, Pakatan Rakyat mahupun keadilan mempunyai dasar yang jelas mengenai ini iaitu menekankan prinsip keadilan, kemanusia dan keselamatan.

“Anwar telah beri pandangan tegas, bagaimana isu Israel dan Palestin adalah mengenai isu keselamatan individu dua belah pihak tanpa memberi sebarang dokongan kepada dasar luar Israel yang menindas. Itu yang diperjuangkan Anwar sehingga sekarang,” katanya. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan