Pengikut

Ahad, 15 Januari 2012

Hassan Ali kata beliau takkan merayu...

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada di kalangan penyokongnya meminta beliau untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Taman Bolton, Kuala Lumpur dan disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Hasan dipetik berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya.

Pada sesi dialog itu, Hasan dilaporkan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya lagi dipetik Sinar Harian. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan