Pengikut

Sabtu, 14 Januari 2012

Berita pembebasan Anwar yang tidak disiarkan oleh Utusan

Perkara atau laporan di atas adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO berikutan keputusan Mahkamah yang membebaskan DS Anwar Ibrahim, dari tajuk yang terpampang jelas ianya adalah satu laporan yang cuba memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim.

Laporan di bawah pula adalah apa yang di siarkan oleh laman web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, yang tidak akan disiarkan oleh mana-mana media yang menjadi tunggangan UMNO/BN..

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat" -MiloSuam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan