Pengikut

Isnin, 2 Januari 2012

Aziz tak layan tuduhan Ezam sesumpah

Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menafikan segala tuduhan yang dibuat Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor kononnya beliau adalah pengkhianat agama dan bangsa.

Aziz juga berkata, beliau enggan terjebak dalam pertikaman lidah dengan bekas Ketua PautanAngkatan Muda Keadilan (AMK) itu, yang padanya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuduhnya berbuat sedemikian.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga membidas Ezam yang menuduhnya mendapat tajaan daripada sebuah yayasan di Jerman untuk menghasilkan buku- buku perundangannya.

"Yayasan Jerman apa? Dia kena spesifik dan jelas macamana saya buat buku dan sebagainya. Tetapi saya malas nak layan dia, terpulang pada dia.
"Tak betul fakta itu, dia kena periksa balik. Dia jangan main tuduh saja," tegas Aziz.

Ezam semalam mendakwa Aziz mendapat wang royalti hasil penulisannya terlebih dahulu biarpun buku- bukunya belum dijual dipasaran.

Ezam juga mendakwa Aziz mendapat tajaan daripada sebuah yayasan dari Jerman untuk membiayai kajian dan penyelidikannya sehingga berjaya menerbitkan karya perundangannya.

Yayasan tersebut katanya bertanggungjawab menghimpunkan para intelektual dari seluruh dunia untuk membuat satu ketetapan untuk menyamakan semua agama.

"Dia ada bukti bawalah. Buat apa dia nak lawan saya sebab saya tak nak lawan dia. Itu suka hati dia. Saya taknak layan dia," katanya.

Ezam yang berucap di Perhimpunan Penerangan Perdana di Shah Alam semalam bertindak menyerang Aziz yang kurang 48 jam mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang.

Aziz juga enggan melatah apabila Ezam menuduhnya menyerang Sultan Selangor yang menyokong pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara, Ogos lepas.

"Suka hati dialah (Ezam Mohd Nor). Kalau dia faham apa dia cakap atau tak faham suka hati dia. Saya tak mahu layan dia. Dia boleh cakap apa yang dia suka," katanya.

Ezam sebaliknya mempertahankan tindakan Umno mengkritik institusi istana kononnya kerana mahu mempertahankan imej institusi itu.

Ketika ditanya AntaraPos.com, Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyaman Ezam jika tuduhan terhadapnya terlalu tersasar dari kenyataan sebenar.

Minggu lalu, Aziz mengesahkan beliau berbesar hati untuk bertanding pada PRU akan datang namun enggan berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti.

Beliau sebaliknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen semata- mata. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan