Pengikut

Khamis, 29 Disember 2011

Umno Pulau Pinang tak bersuara kerana takutkan Gerakan dan MCA

Umno Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah tidak dihiraukan rakan komponennya Gerakan dan MCA.

Umno yang kononnya mempertahankan suara Melayu kini terpaksa tunduk pada Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang, mengantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Zahid Hamidi sebelum ini lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi BN negeri, bersandarkan Umno memenangi 11 kerusi pru lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail turut menyelar 'orang Cina sebagai pendatang' dan berlaku insiden ahli Umno mengoyak gambar Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan Gerakan.

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA

Namun apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak mendakwa di serta alam, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikat sebenarnya ialah UMNO yang akan kehilangan kuasa!

Begitulah apabila semakin hampir pilihanraya, Utusan Malaysia selaku bahan propaganda Umno menakut-nakutkan Orang Melayu bahawa Melayu akan kehilangan kuasa seandainya UMNO kehilangan kuasa politik tanahair.

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA

Namun hakikatnya Melayu tidak kehilangan kuasa kerana buktinya jelas berasaskan fakta ini. Kenapa Utusan Malaysia tidak mengeluarkan fakta seperti di bawah ini?

PRU11 BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12 -BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

Berasaskan fakta berkenaan jelaslah MP Melayu semakin bertambah pada PRU 12, cuma yang berkurangan ialah MP Umno. -PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan