Pengikut

Ahad, 18 Disember 2011

Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya

Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah.

Jelas beliau, bukan semua Melayu itu wajib bersatu sebaliknya bersatu mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran dan bukannya bersama dalam melakukan kezaliman dan kerosakkan.

Anwar turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah".

"Perlawanan mereka itu dalam sejarah tiada tolok bandingnya. Tetapi dalam perlawanan itu mereka ada dialog, bukan pencak sahaja. Jebat hairan ‘Tuah aku datang untuk mempertahankan kamu.' Tuah terima, tapi tuah kata aku tak sanggup kamu ingkar kepada arahan Raja. Jebat kata raja zalim, tidak mahu mencari kebenaran.

Terpengaruh dengan orang sekelilingnya. Maka berlakulah pertempuran.

"Maka berakhir dengan tragedi, Hang Tuah menang, kalah Melayu. Itu maknanya, sejarah Melayu ertinya permulaan kepada tewasnya Melayu. Panglima sebesar Hang Tuah menjadi korban. Panglima segigih Hang jebat mati dibunuh.

"Sebab itu kita mesti hayati ini adalah mulanya jatuh empayar Melayu kerana fitnah, tidak mempertahankan prinsip keadilan, tidak mahu mengangkat martabat bangsa tetapi menjadi alat, korban akibat daripada gerombolan kecil yang membawa fitnah dan kerosakan," katanya.

Beliau turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mewarisi semangat kental pejuang terdahulu selain penekanan sesi pentarbiahan supaya pejuang yang dilahirkan tidak mudah tewas dengan sogokan harta benda, wang ringgit dan pangkat sehingga sanggup membelakangkan perjuangan.

"Memartabatkan bangsa Melayu dari segi budaya dengan prinsip akidah agamanya. Bukan angkuh bangsanya bukan hina kaum lain. Hebat Melayu itu kerana jiwa dan rupaya. Melayu itu dibentuk melalui agama yang membentuk akhlaknya yang memperjuang dan menegakkan keadilan.

"Maka perpaduan itu wajib. Bersatu untuk membawa kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah Taala," katanya di Majlis Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong di Dewan Sri Zaleha, NAZA Gurun, Gurun, Kedah.

Turut serta dalam majlis tersebut Mahaguru Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Raja Abdul Majid Mat Isa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan