Pengikut

Ahad, 11 Disember 2011

Kawasan tapak ceramah Mat Sabu malam ini macam medan perang?

Kawasan tapak ceramah pada malam ini yang di pagar pita keselamatan.

Bagaikan medan perang. Itu sahaja perkataan yang layak disebut ketika berkunjung ke tapak ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang akan diadakan pada malam ini di Kampung Parit No 3, Jalan Yusof, Mukim Sungai Balang, di sini.

Sebelum ini beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011.

Memetik kenyataan SAMM Johor, di atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, kami menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri.



Sedia maklum dalam beberapa siri ceramah Mohamad Sabu di Negeri Johor sebelum ini telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun oleh sekumpulan
anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru UMNO/BN untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda. Sdr Zainudin sendiri mengesahkan kumpulan yang sama ini akan datang lagi pada malam ini untuk menghantar memorendum bantahan.

Sdr Zainudin (baju merah) mengesahkan kumpulan yang menentang kehadiran Mohamad Sabu akan datang pada malam ini untuk menghantar memorendum.

Keris bersilang yang sinonim sebagai logo UMNO dihadapan rumah Sdr Zainudin menjadi kenang-kenangan apabila Sdr Zainudin yang merupakan ahli UMNO Muar telah meninggalkannya. Inilah antara punca mengapa program malam ini cuba digagalkan oleh UMNO.

Berdasarkan pemerhatian sehingga jam 4.00 petang tadi, kawasan tapak ceramah yang akan diadakan di rumah Sdr Zainudin Sayuti. Kawasan rumah tersebut telah berpagar dengan tali keselamatan merah putih. Betul-betul dihadapan rumah beliau, kain rentang membantah kehadiran Mohamad Sabu telah dipasang. Bagaimanapun ia tidak menggusarkan para peniaga untuk memasang khemah dan berniaga kerana menjangkakan kehadiran orang yang ramai pada malam ini.

Difahamkan juga, antara punca ketakutan UMNO/BN Johor untuk menghalang program ceramah pada malam ini adalah kerana Sdr Zainudin merupakan bekas seorang ahli UMNO yang berpengaruh sebelum ini di kawasan ini. Apabila kubu UMNO di Johor semakin retak dan roboh, ia menjadi isyarat jelas betapa UMNO semakin tidak popular di Johor umumnya, lebih-lebih lagi di Muar khususnya. Sudah tentu apabila program ceramah ini berjaya diadakan pada malam ini, ia turut memberikan tamparan kepada kawasan kuat Ahli Parlimen Muar ketika ini, Razali Ibrahim. Gelombang ABU -Asal Bukan Umno sudah pun tiba di kawasan Razali Ibrahim.

Bukan menjadi rahsia lagi bagi Razali Ibrahim, apabila beliau sendiri semakin ditolak di Muar oleh penyokong dan ahli UMNO Muar sendiri di atas pentadbiran buruknya di kawasan Muar. Tanyalah sendiri kepada penyokong-penyokong tegar Razali Ibrahim yang terdiri daripada golongan peniaga di Stesen Bas Muar sebelum ini. Jika Razali Ibrahim singgah di kawasan peniaga di sana, nescaya beliau akan dihamun kerana tidak melunaskan janji untuk mendirikan khemah kepada peniaga yang dijanjikannya sejak 3 tahun dahulu. Razali sudah tidak popular lagi di Muar. Malah sudah ada cakap-cakap dari ahli UMNO Muar sendiri, Razali tidak akan lagi bertanding di Muar pada PRU-13 kerana merasakan bahang kekalahannya itu.

Lantaran itu, program malam ini yang bakal berlangsung di kawasan Razali Ibrahim sendiri menjadi titik tolak kepada jatuh bangun Razali Ibrahim selepas ini. Jika program malam ini berjaya digagalkan, sekurang-kurangnya tidaklah malu dan jatuh air muka Razali Ibrahim jika pulang ke Muar sekali sekala nanti. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan