Pengikut

Ahad, 11 Disember 2011

Bag Sekolah vs Bag Rosmah

Masa balik dari Pejabat AMK saya terjumpa rakan sekerja kebetulan beliau tak ada kerja jadi kami pun pergi minum di warong berdekatan.

Beliau merugut yang barang-barang keperluan sekolah mahal , katanya “Tadi beli barang sekolah anak..amboi makk.. baru dua tiga item dah dekat 200 hengget. Mahal betul harga barang sekarang ni. Beli bag sekolah yang kualiti sederhana jer dah mau dekat lima puluh hengget. Tu baru bag.. bayang jerlah kalau yang ada anak ramai?”

“Heran betoi aku tengok bini pemimpin kita boleh beli bag tangan yang mahal-mahal, Kita yang kat bawah ni (Rakyat) nak beli satu bag sekolah untuk anak yang beharga RM45.90 pun dah mengeletar tangan bila nak hulur duit tu hehehe..” Rungut kawan saya tu.

Betul kata beliau yang Isteri pemimpin kita (Rosmah Mansor) sanggup habiskan ribuan ringgit untuk satu bag tangan.

Cuba rakan-rakan bayangkan Jika bag tangan Birkin milik Rosmah berharga satu sebanyak RM28,000 (harga paling rendah). Rosmah dikatakan memiliki bukan 1 bukan 2 tapi 11 biji... Sebelas biji Birkin yang dianggarkan RM28,000 x11 biji. JADI BERAPA HARGA BAG TANGAN ROSMAH?.

Rakan-rakan jawap sendirilah dan sanggupkah kita memberi peluang kepada mereka untuk memerintah lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan