Pengikut

Ahad, 4 Disember 2011

Blogger pro Pakatan Rakyat mulai dipancing?

Umno akan menguna pelbagai pendekatan drastik untuk meruntuhkan kerjasama Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 ini. Umno telah diketahui umum mek berkuasa mbeli wakil rakyat Pakatan khususnya dan PKR dan DAP, dan kini usaha sedang dilakukan untuk membeli penyokong tegar PAS.

Sehingga ini Umno belum berjaya mengubah pendirian pimpinan PAS, lantaran itu kuncu-kuncu Umno kini sedang berusaha keras mengalih tumpuan untuk membeli penyokong tegar PAS, khususnya blogger pro pakatan yang terdiri daripada ahli PAS.

Perhimpunan Agung Umno jelas membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. PRU13 dilihat akan menjadi ujian getir dan pahit bagi Umno. Ketakutan barisan pimpinannya akan kehilangan kuasa telah mencengkam hingga ke tulang temulangnya. Umno juga kelihatan kehilangan pendirian, malahan tergapai-gapai umpama orang sedang menghadapi saat-saat kelemasan.

Keputusan yang dibuat oleh barisan pimpinan Umno juga kini seringkali menjadi flip-flop..yakni berubah-ubah apabila mendapat tentangan rakyat. Mereka berusaha untuk tidak melaksanakan apa jua yang boleh memberi implikasi negatif...namun kerap kali ia keputusan yang mereka buat menjadi negatif juga kesannya.

Umno kini mulai mensasarkan pada blogger pro pakatan yang sememangnya tidak terbela oleh barisan pimpinan Pakatan sendiri. Pada 2008 Umno-BN tidak mempedulikan penulis media alternatif ini, lalu pada masa itu media blogging, khususnya dikuasai oleh blogger pro pakatan. Namun sejak akhir-akhir ini Umno-Bn semakin menguasai dunia media alternatif.

Menurut kajian, media alternatif akan menguasai 98 peratus dalam dunia penyebaran maklumat di Malaysia. Medium blog, FB dan twitter dilaporkan akan menjadi wadah terhebat dalam penyebaran maklumat. Ia akan menjadi ledakan mengatasi medium tradisi akhbar. Oleh kerana itu, Umno-BN membiayai kalangan penulis media alternatif pro Umno - BN untuk menjadi panglima perang siber mereka sepenuh masa ataupun setiap waktu

Dalam pada itu, blogger dan penulis siber pro Pakatan sekadar di pinggiran..menulis pada waktu lapang. Pakatan gagal mengenalpasti blogger pro pakatan untuk sekurang-kurangnya membiayai kos streamik dan memberi ruang pada mereka untuk menghadiri semua majlis pakatan rakyat. Pakatan Rakyat di empat negeri yang diperintah juga tidak memberi sedikitpun keistimewaan pada blogger yang pro pada mereka.

Kini, kuncu-kuncu Umno telah mulai mengenapasti blogger pro pakatan. Mereka sedang berusaha mendekati kalangan blogger pro pakatan rakyat ini. Adalah tidak mustahil blogger pro pakatan rakyat ini akan ditawarkan habuan lumayan agar reverse hasil penulisan masing-masing.

Khabarnya beberapa rakan penulis siber sudah dihimpit dengan janji manis. -PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan