
Menurut persatuan itu, jika dana berkenaan dibekalkan kepada 500 ahlinya, mereka jamin mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Pengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini, berkata kebanyakan ahlinya yang adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.
Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan yang sama.

Menurut Samad lagi, dengan kemudahan dana itu, Malaysia mampu menjadi negara pengeksport produk lembu.
azlan"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini.
"Persatuan memohon kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli-ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negara ini," katanya. -Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan