Pengikut

Selasa, 1 November 2011

Najib disambut dengan demontrasi di Perth Australia

Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Perth Australia disambut dengan demontstrasi anti beliau oleh rakyat Malaysia di negara itu.

Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), pada Rabu lalu.

Dengan berpakaian ‘T’ Shirt kuning- warna tema bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), mereka menyambut Najib dan rombongannya yang menghadiri sidang tersebut.

Lebih 300 ratus rakyat Malaysia bersama-sama rakan Australia mereka berhimpun di luar konsulat Malaysia di Perth, sebagai tanda solidariti bersama tuntutan Bersih 2.0.

Himpunan itu diadakan sebagai memperingati rakan senegara mereka di Malaysia yang dilayan dengan buruk sewaktu keluar ke jalan raya pada 9 Julai lalu.

Mereka mengetahui layanan buruk polis terhadap peserta himpunan Bersih apabila stesen televisyen Australia SBS menyiarkan rakaman keganasan polis memukul peserta himpunan dan menggunakan air kimia serta gas pemedih mata.

Selain SBS, rakaman keganasan polis sewaktu himpunan itu turut disiarkan CNN, Al Jazeera, dan BBC.

Himpunan rakyat Malaysia di luar konsulat Malaysia itu dilihat sesetengah pihak sebagai satu lagi tamparan buat Najib di peringkat antarabangsa.

Najib sebelum ini sudah mencuri tumpuan antarabangsa dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Skandal kapal selam itu kini disiasat di mahkamah Perancis dan Najib dijangka akan disepina memberi keterangan kerana pembelian kapal selam berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan. - KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan