Pengikut

Isnin, 28 November 2011

KEADILAN main peranan hingga mansuh ISA, Ordinan Darurat dan AUKU

Tidak boleh dinafikan peranan KEADILAN sehingga berjaya membatalkan tiga pengisytiharan darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata demikian ketika menggulung perbahasan menyokong dasar Presiden di Kongres KEADILAN Nasional yang menutup tirainya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal dalam komitmennya berikutan penangkapan 13 orang di Tawau, Sabah di bawah ISA baru-baru ini.

Dalam pada itu, Izzah mengingatkan perwakilan kembali mengenang asas penubuhan parti itu yang memperjuangkan hak rakyat Malaysia sejak penubuhannya.

Katanya, mereka yang sebelum ini tidak berada dalam perjuangan KEADILAN ikut serta bangkit melawan kezaliman yang dilakukan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

“Mereka yang tak pernah berada dalam politik pun bersama dengan KEADILAN.

“Lihat keluarga Ahmad Sarbaini, Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid. Mereka terus berdiri dan bangun melawan. Ini yang patut kita pelajari mengapa kita berada dalam parti, mengapa kita bersama dalam sebuah keluarga KEADILAN yang besar,” katanya. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan