Pengikut

Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan dilarang ke DUN P. Pinang

Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia tengah hari tadi dilarang dari membuat liputan mengenai perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Speakernya Datuk Haji Abdul Halim Hussain bertindak demikian ekoran pihak akhbar yang dikaitkan dengan Umno itu tidak hadir untuk memberi keterangan pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti yang ditetapkan dewan.

Abdul Halim berkata Utusan sepatutnya memberi keterangan mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh mengubah suai rumahnya yang menelan belanja RM1.5 juta.

“Utusan diharamkan masuk ke perkarangan dewan, sebarang maklumat yang hendak mereka (Utusan) laporkan, boleh diambil secara langsung (melalui khidmat yang disediakan).

“Ini dewan perjuangan, apabila mereka membuat fitnah, maka mereka telah menghina dewan, ini adalah satu kesalahan besar,” ujar beliau di lobi dewan. -PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan