Pengikut

Khamis, 8 September 2011

Swasta Indah Water cara BN rompak dana awam

DAP menganggap rancangan kerajaan mahu menswastakan semula Indah Water Konsortium (IWK) sebagai satu lagi usaha merompak duit pembayar cukai dari Perbendaharaan, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng hari ini.

Lim berkata, syarikat pembetungan nasional itu merupakan entiti swasta sebelum ia diselamatkan oleh kerajaan 11 tahun lalu dan kini, sekali lagi hendak diswastakan dengan satu persoalan bagaimana hutang RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada Kementerian Kewangan akan dilangsaikan.

“Dulu swasta, kemudian dimiliknegarakan dan sekarang hendak diswastakan semula. Apa bezanya?”

“Akhirnya, kedua-dua model telah gagal sebab ia satu perompakan dana awam,” kata Lim (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

Lim juga memberitahu bahawa sebanyak 27 konsesi lebuh raya yang dikeluarkan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga merupakan satu lagi contoh usaha hanya “membantu orang kaya berbanding golongan miskin.” -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan