Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.
Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.
Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."
Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.
Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.
Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya. -Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan