Benar kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Kata dulang paku serpih, mengata orang rupanya diorang yang lebih. Pekung sudah tidak dapat ditutup. Keaiban UMNO yang tidak dibongkar akhirnya terbongkar dek gang-gang UMNO yang semakin lama semakin curiga terhadap UMNO. Keris bogel rupanya menghala ke kanan dan ke kiri tidak lagi disarung kondom hanya kerana sudah merasakan banyak kemaluan dihidangkan.
Walaupun Karpal, Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng pernah tidak sebulu terhadap pendekatan perundangan Islam tetapi mereka tidak pernah sama sekali ditangkap dan mengaku melakukan skandal secara terang terangan kerana mereka adalah pemimpin yang dipilih rakyat. Sebaliknya berbeza kepada pemimpin BN yang bukan Islam, banyak lagi skandal tidak dirungkai kecuali mereka sendiri mengaku. Di dalam sedar atau tidak sedar kita sebagai rakyat sudah boleh menilai bahawa pemimpin BN ini banyak penyakit moral. Jika moral tidak dijaga bagaimana rakyat mahu menjadikan mereka tauladan. Hukuman dijatuhkan serta pengakuan telah diucapkan, namun masih lagi mahu berkuasa di singgah sana.
Berbeza dengan Saudara Anwar, kes dalam perbicaraan mahkamah BN sudah pandai mengumumkan keputusan bahawa beliau ada masalah moral. Nazri dari JPM pandai kata orang ada masalah moral, bermakna kuasa beliau di atas mahkamah dan menghina mahkamah. Keadaan ini sebenarnya BN tidak sedar bahawa pemimpin BN sudah tidak layak menjadi wakil kepada rakyat kerana bersuara tanpa fikiran waras. Rakyat mahu mengubah dan berubah dengan menghalau semua pesakit moral ini berada di Tampuk Pentadbiran Putrajaya.
Selagi pesakit moral ini ada di Putrajaya selagi itu Allah tidak akan memberikan ekonomi yang menyebelahi rakyat dan negara. Selagi maksiat dan fitnah serta rahsuah berleluasa selagi itu dunia kapitalis akan memerintah dunia. Ingatlah sang kapitalis, dunia ini hanya sementara. Kejayaan dan kuasa itu pasti akan Allah ubah selagi sikap dan moral anda semua tidak berubah. Jangan jadikan rakyat tempat memuaskan nafsu pemerintahan kerana anda semua rakyat biasa. Apabila sudah tiba masanya apakah kesudahannya pemimpin BN, tiada siapa mahu duduk dan berbicara bersama mereka dan akhirnya sakit dan pening diri sendiri yang jaga.
Biarlah MCA, MIC dan UMNO duduk dalam kancah politik tidak ke mana. Rakyat Sabah dan Sarawak juga mahukan perubahan. Kita lihat pasti satu hari nanti kebenaran terserlah. Yang batil akan kalah, yang hak akan mentadbir negara. Insyallah… kepada kaum bukan muslim, dengarlah bahawa perundangan Islam adalah neraka bagi pesakit moral dalam politik, kesaksamaan dan keadilan jelas dan nyata. Biarkan pemimpin yang sakit itu terjun dengan labu-labunya…Biarkan…biarkan…biarkan….
-Orang Kampung/KLT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan