Pengikut

Isnin, 5 September 2011

Kerajaan BN/Najib berusaha untuk penjarakan Anwar - WikiLeaks

Pendedahan kabel pemberi maklumat WikiLeaks, bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib berusaha untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan satu campurtangan mahkamah yang serius.

Peguam, Ram Karpal Singh berkata demikian sewaktu mengulas berita tentang kabel diplomatik Amerika Syarikat yang mengandungi laporan dari duta Amerika di Malaysia ke Jabatan Negara itu.

Kabel yang dibocorkan WikiLeaks itu, dihantar sekitar tahun 2009 oleh James R Keith ke Kedutaan AS di Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa Najib dan elit Umno membuat keputusan mendakwa Anwar bagi memastikan Ketua Umum KEADILAN itu dipenjarakan dan karier politiknya musnah.

Bercakap lanjut, Ram Karpal berkata pada peringkat ini, perjalanan mahkamah dalam kes yang dianggap sebagai konspirasi politik itu perlu dihormati tanpa sebarang campur tangan.

“Kes Fitnah II ini tiada sesiapa pun boleh persoalkan selain daripada perintah mahkamah. Proses keadilan perlu dihormati, perlu dilaksanakan dengan sempurna.

“(Campurtangan) itu sudah mengganggu perjalanan keadilan dan proses mahkamah. Pada tahap ini masih ada banyak yang perlu mahkamah perhalusi.

“Hanya mahkamah yang akan menentukan samada Anwar bersalah atau tidak,” kata Ram Karpal.

Dalam kabel sama juga dilaporkan bahawa Keith percaya jika kerajaan Malaysia mendapati tiada bukti kukuh terhadap Anwar, mereka akan menarik diri daripada kes itu dan membebaskan Anwar ‘tanpa melepaskannya’ (discharge not amount to acquittal).

Ia bermaksud sekiranya pendakwaraya memiliki bukti terbaru, mereka boleh mendakwa Anwar semula selepas beliau dibebaskan.

Mengulas perkara itu, Ram Karpal berkata setakat ini isu berkenaan tidak timbul kerana perjalanan kes ini masih panjang. Bahkan, mahkamah masih perlu meneliti banyak perkara dalam mendengar kes tersebut.

“Perjalanan perbicaraan masih jauh. Jika pun ada sebarang kemungkinan pada peringkat ini, mahkamah akan membebaskan Anwar sepenuhnya (acquit and discharge) atau mensabitkan beliau.

“Melepaskan tanpa membebaskan bukan kebarangkalian yang saya lihat akan berlaku pada peringkat ini,” kata Ram Karpal.-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan