Pengikut

Isnin, 19 September 2011

DNA ‘Lelaki Y’ bukan hasil dari sel sperma?

Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.

Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.

Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.

“Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu,” kata Dr McDonald (gambar) ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada “Lelaki Y” sebenarnya datang daripada sel-sel air mani.

“Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil,” kata beliau. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan