Pengikut

Isnin, 29 Ogos 2011

Perutusan Aidilfitri - AMK

29 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua sepanjang bulan Ramadhan ini.

Hari ini, kita telah menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita menyambut Aidilfitri dan bertakbir sebagai satu tanda kemenangan dan kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah swt.

Saya, mewakili kepimpinan serta akar umbi Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh ingin mengucapkan "Salam Aidilfitri" kepada umat Islam yang berada di seluruh pelusuk tanah air khususnya warga Permatang Pauh... Di kesempatan ini juga saya merakamkan ucapan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54" kepada seluruh rakyat Malaysia.

Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan penuh kesyukuran kepada-Nya dan jalinan ukhuwah yang utuh sesama manusia.

Aidilfitri disambut menandakan kita kembali kepada fitrah, Sememangnya fitrah setiap insan cinta akan keadilan dan keamanan .

Insya’Allah kemenangan yang diredhai pasti menjadi milik kita satu hari nanti.

Akhir kata, semoga Aidilfitri ini akan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sekian wassalam.

Afzal Khan Ahmad
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan
Permatang Pauh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan