Pengikut

Rabu, 24 Ogos 2011

Najib pinggir Melayu lantik 3 senator dari MIC

Laporan The Malaysian Insider (TMI) kelmarin menyebut kerajaan Najib telah melantik tiga lagi sebagai anggota Dewan Negara bergelar senator.

Ketiga-tiga senator itu ialah pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, V Subramaniam, yang diterima semula oleh Datuk G Palanivel selepas dipecat oleh kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu tahun lalu.

Selain Subramaniam, ketua Wanita MIC Selangor, S Bagiam dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai turut dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Dipetik dari TMI, upacara itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Baca seterusnya di sini.

Tiada Melayu

Biasa isu bangsa akan menjadi tarikan luar biasa buat pertubuhan rasis semalaysia mesra Umno iaitu PERKASA. Jika di Pulau Pinang, jika ditakdirkan kerajaan PR di bawah pimpinan DAP cuba melebih-lebihkan bangsa lain selain Melayu, sudah tentu PERKASA turun padang, bersorak isu perkauman. Konon DAP cuba meminggirkan Melayu.

Sekarang kerajaan Najib telah melantik tiga orang senator yang terdiri daripada dua bangsa India dan seorang Cina. Sebelum ini pun, Najib turut mengumumkan presiden MIC, G Palanivel akan ‘dikurniakan’ jawatan menteri penuh dalam kabinetnya.

Sekarang Najib secara terang-terangan telah ‘patuh’ dengan gertakan dari kedua-dua kaum itu dan meminggirkan kaum Melayu.

Namun sehingga kini, tiada pun barua-barua Umno dari PERKASA cuba mempertikai tindakan Najib itu malahan tiada pun demonstrasi jalanan yang dilakukan PERKASA bagi menjelaskan pendirian rasis mereka seperti sebelum ini.

Woi PERKASA!, Najib pinggir Melayu la! - WD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan