Pengikut

Khamis, 11 Ogos 2011

Liwat II: Dua lagi saksi potensi ditemubual

Dua saksi potensi bagi perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual oleh peguam ketua pembangkang itu hari ini.

Mereka adalah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Mereka ditemubual selama hampir sejam oleh peguam Karpal Singh dan Sankara Nair.

Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.

Menurut Karpal Singh, dua lagi saksi akan ditemubual esok. Mereka adalah pemilik kondominium di mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku, iaitu Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.

“Tiada petunjuk bilakita boleh dapat temubual Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan