Pengikut

Khamis, 18 Ogos 2011

bu Pejabat DAP Pulau Pinang Dibakar

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama ada suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh. -Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan