Pengikut

Ahad, 28 Ogos 2011

FBI ada hubungan dengan Taib?

NGO barat meningkatkan tekanan ke atas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat supaya memutuskan hubungan mereka dengan pemilik bangunan yang disewanya, Wallyson Inc kerana dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

NGO berpangkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) dan Projek Borneo yang berpangkalan di San Francisco telah menulis kepada Pengarah FBI Robert Mueller bagi membatalkan kontrak sewa FBI di bangunan Abraham Lincoln di Seattle, yang menempatkan ibu pejabat FBI bahagian Seattle yang dimiliki oleh Wallyson.

Surat itu juga meminta biro berkenaan untuk menentukan sama ada pelaburan keluarga Taib di Amerika Syarikat adalah selaras dengan undang-undang anti-pengubahan wang haram di negara tersebut, kata BMF dalam satu kenyataan pada hari Khamis lalu.

“Walaupun memerangi rasuah awam perlu menjadi keutamaan FBI, namun badan itu menyewa bangunannya dari keluarga Taib, salah satu rangkaian rasuah yang terbesar di Asia Tenggara.

“Kami khuatir FBI pula akan dilihat sebagai penyokong keluarga Taib dan aset luar negaranya yang haram”, tulis BMF.

Salinan surat yang dialamatkan kepada Mueller itu juga diedarkan kepada beberapa agensi dan pemimpin utama kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Setiausaha Negara Hillary Clinton, setiausaha perbendaharaan Timothy Geithner, peguam negara Eric Holder dan jawatankuasa kongres badan kehakiman yang menyelia FBI.

Wallyson adalah salah satu daripada lima syarikat di Amerika Syarikat yang disenaraihitamkan oleh BMF daripada senarai 44 syarikat di seluruh dunia yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Taib. -KL Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan