Pengikut

Ahad, 28 Ogos 2011

Badrul: SPRM soal siasat pengurus hingga 3 pagi berkenaan cincin Rosmah

Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin telah menggugurkan bom dalam pos terbaru blog beliau. Pegawai-pegawai SPRM telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menemubual seseorang, A, Krishnan, yang namanya telah muncul di paparan gambar pangkalan data Kastam yang menunjukkan pembelian cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa sebagai dibeli oleh Wanita Pertama itu.

Walaubagaimanapun, adalah tidak jelas mengapa SPRM menemubual Pengurus Operasi itu, sama ada untuk mengetahui siapa yang membongkar cerita urus niaga atau untuk menyiasat jika cincin itu memang telah dipesan oleh Rosmah dan mengapa cukai tidak dikenakan ke atasnya.

"Saya mendapat tahu dari sumber-sumber saya bahawa berikutan laporan saya, pegawai-pegawai SPRM pergi ke KLIA untuk menyiasat perkara itu. Mereka telah menahan A Krishnan selama berjam-jam sebelum melepaskan beliau pada pukul 3 pagi" kata Badrul dalam blognya (skrol ke bawah)

"Laporan saya mestilah tepat, jika tidak, mengapa pegawai-pegawai SPRM mahu menyiasat perkara itu di KLIA dan membawa masuk pegawai itu untuk disoal siasat?"

Wujudkan penipuan yang baru

Badrul juga menegaskan bahawa beliau akan terus mendedahkan maklumat lanjut dan apabila sudah tepat pada masanya, akan ada usaha-usaha oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menutup skandal tersebut.

"Saya bukan hendak angkuh dengan mengatakan ‘samanlah saya' tetapi jika ia berlaku, saya akan melihat ia sebagai peluang untuk mendedahkan lebih banyak lagi perihal barang kemas yang mahal Rosmah," tulis Badrul.

Walaupun cantik, cincin berlian yang indah yang diimport dari sebuah kedai yang berpangkalan di New York-tukang emas Jacob & Co telah juga membawa longgokan skandal dan imej buruk untuk Rosmah dan Najib.

Wanita berusia 60 tahun itu, yang Badrul yang sebut sebagai 'Imelda' Rosmah kerana menyerlahkan kecintaannya kepada barang-barang mewah, telah mengelak persoalan sama ada cincin itu kepunyaannya. Najib, pada hujung minggu lepas telah menafikan isterinya dan keluarganya mempunyai apa-apa kaitan dengan cincin tersebut.

Tetapi ramai rakyat Malaysia percaya bahawa beliau mencipta penipuan baru untuk menutup penipuan lama. Pada hujung minggu lepas, orang kuat beliau meminta akhbar Kompas memohon maaf kepada Najib atas cincin itu. Kompas pada 4 Ogos telah melaporkan cincin itu sebagai milik Rosmah dan juga melaporkan bahawa Maira Nazarbayey, ibu Kazakh, menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

Media kerajaan Malaysia, dengan segara mengambil kesempatan menyiarkan permohonan maaf akhbar itu justeru memberi gambaran bahawa laporan berita itu adalah fitnah. Namun Kompas tidak pernah mengeluarkan apa-apa permohonan maaf secara rasmi dan tidak pernah menarik balik laporan Ogos 4 itu.

Editor dan Reporter Kanan akhbar tersebut yang sebenarnya meminta maaf apabila mereka diterbangkan dari Jakarta untuk menemu bual Najib yang jarang dilakukan beliau. Adalah dipercayai bahawa mereka kesal disebabkan rasa malu terhadap Najib dan keluarganya dan tidak pula menyatakan bahawa laporan mengenai cincin itu palsu begitu juga mengenai Maira.

Ini bukan kali pertama Najib dan Rosmah telah terperangkap dalam situasi sedemikian, dan mengakibatkan kehilangan kredibiliti mereka.

Malaysia Chronicle menyertakan teks penuh pos blog Badrul klip untuk baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan