Pengikut

Isnin, 22 Ogos 2011

Fitnah II: Najib, Rosmah akan disepina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan dikeluarkan sepina oleh pasukan pembela, supaya tampil sebagai saksi dalam kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Kesemua mereka sebelum ini enggan ditemubual dan enggan menjadi saksi peguam bela.

Najib pernah bertemu Saiful dua hari sebelum insiden liwat didakwa berlaku iaitu pada 28 Jun 2008. Malah Saiful juga pernah bertemu Najib sebelum itu atas alasan memohon biasiswa, meskipun beliau gagal menamatkan pengajian di kolej .

Selain itu Saiful turut bertemu dengan beberapa tokoh lain termasuk Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas kepada Rosmah.

Pada perbicaraan Mac lalu, mahkamah diberitahu oleh pegawai penyiasat polis DSP Jude Pereira bahawa beliau telah mengambil keterangan Najib dan Rosmah mengenai perkara itu, sekaligus mewajarkan kedua-duanya menjadi saksi dalam kes tersebut.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. -KeadilanDaily



Tiada ulasan:

Catat Ulasan