
Baru-baru ini, heboh diperkatakan seorang artis senior popular begitu mesra bermain dengan anak anjing. Dilaporkan gambar artis yang beragama Islam yang memegang anak anjing itu tersebar meluas di beberapa laman gosip dan blogger.

Ada orang kita cakap, apa salahnya pegang dan usap binatang yang dikategori haram itu, bukan ke kita boleh samak (basuh dengan air tanah sekali, air mutlak enam kali). Betul boleh samak sebab terpegang tapi itu perkara lain. Yang menjadi masalah, nilai moraliti kita sebagai orang Islam yang hanya dibenarkan membela anjing untuk sebab-sebab tertentu dan bukannya untuk suka-suka.
Eh..eh, kenapa tak pegang najis (tahi) lembu ke, binatang lain ke, bukan ke boleh basuh je selepas pegang. Samalah dengan anjing, ia tetap najis walau boleh disamak. Jadi janganlah sesuka hati nak pegang dengan benda najis tanpa ada sebab yang munasabah kerana ia jelas memberi penghinaan terhadap Islam kerana Islam itu bersih dan benci dengan kekotoran (najis).

Dalilnya berdasarkan hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,
“Barangsiapa melihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” – Bukhari dan Muslim. ( sumber: WD)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan