Macam biasa la, kalau ada projek baru, dah tentu poket kroni penuh. Itu perkara biasa yang sinonim dengan pemerintahan sekarang. Lihat aje dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), banyak keuntungan yang boleh dikaut melalui program berkenaan. Seragam peserta, tender membekal makanan peserta, projek membina tempat latihan dan sebagainya, semuanya ada masyuk maa..
Sekarang pasal penggunaan kaedah biometrik dalam pilihanraya konon bagi mengelak mengundi dua kali bagi seorang pemilih. Walaupun belum pasti akan keberkesanannya dan dapat belum tentu dapat menyelesaikan masalah pertindihan mengundi, tapi suruhanjaya pilihanraya (SPR) terlalu ‘excited’ untuk menggunakannya.
Depa ni fikir ke tak kos penggunaan kaedah berkenaan? Kaedah ini bukan nak pakai untuk dua tiga tempat aje, bahkan perlu disediakan untuk seluruh Negara termasuk di ceruk-ceruk pendalaman yang tenaga elektriknya pun tak berapa nak ada.
Sudah tentu ia melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan masa yang panjang untuk memastikan kaedah biometrik ini betul-betul boleh berfungsi secara baik dan telus.
Dipetik dari Tranungkite, sebuah laporan dari Kanada menyebut, penggunaan kaedah biometrik bagi mengesahkan identiti pengundi semasa pilihanraya memerlukan perbelanjaan kos yang amat tinggi.
Apakah negara kita yang sedang mengalami masalah kewangan sehingga perlu kepada kenaikan harga barangan, harga petrol, harga cas elektrik tetapi dalam masa yang sama, kerajaan Umno-BN sanggup pula mengeluarkan belanja yang banyak yang mungkin boleh menjangkau jutaan ringgit wang rakyat demi mahu menggunakan sistem biometrik, sedangkan kita ada pilihan yang lain jauh lebih murah dan lebih efisyen iaitu menggunakan dakwat kekal.
Sudah-sudahlah ambil peluang nak menguntungkan kroni masing-masing. Rakyat begitu mudah ditipu, pemimpin pula senang lenang mengaut keuntungan daripada wang rakyat. - WarkahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan