Pengikut

Sabtu, 9 Julai 2011

Seramai 117 ditangkap di Kg Baru dan Sogo

Seramai 98 orang awam dipercayai penyokong Bersih ditangkap di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru dan 19 orang di sekitar pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga jam 12.00 tengahari ini.

Di Kampung Baru, kebanyakan mereka dipercayai ahli PAS di bawa dengan trak ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Masjid Jamek Kampung Baru, sejak tengah malam tadi ditutup dan dijangka akan dibuka semula jam 12.00 tengahari ini untuk membolehkan para jemaah menunaikan solat Zohor hari ini.

Sementara di sekitar pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sehingga jam 12.00 tengahari, seramai 19 orang awam ditangkap, termasuk tiga wanita, kerana disyaki menyertai perhimpunan Bersih.

Tiga wanita tersebut disyaki polis membawa kain lilit berwarna.

Dari jumlah 19 yang ditangkap, 12 dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

Manakala di sekitar Stadium Merdeka disini setakat 10 pagi tadi keadaan terkawal. Polis dilihat melakukan sekatan jalan raya dipersimpangan Jalan Maharajalela dan Jalan Stadium.

Kira-kira 30 anggota polis dan tentera beserta trak kelihatan berlegar dan bersiap sedia diluar pintu masuk stadium.

Sementara diruang udara stadium pula kelihatan helikopter polis berlegar setiap lima minit.

Disebabkan Stadium Merdeka dikawal ketat polis dari Jalan Merdeka dan Jalan Maharajalela, orang awam dipercayai penyokong Bersih 2.0 mula berlegar dan berkumpul disepanjang Jalan Petaling disini. -FreeMalaysiaToday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan