Pengikut

Selasa, 19 Julai 2011

Pemimpin AMK disoal siasat polis

Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dipanggil memberikan keterangan kepada pihak pihak kerana memakai baju kuning yang memaparkan logo BERSIH 2.0 menjelang perhimpunan 19 Julai.

Menurut Khairul Anuar, beliau dipanggil menghadiri sesi itu di balai polis Jalan Travers di ibu negara pada jam 12.30 tengah hari ini.

Beliau dipercayai disiasat mengikut Seksyen 47, Akta Pertubuhan 1966 kerana memaparkan logo pertubuhan haram. Kehadiran bekas tahanan ISA itu dijangka diiringi beberapa penyokong AMK daripada sekitar Lembah Klang.

Khairul (gambar, berbaju kuning) pada 23 Jun lalu hadir ke balai polis sama dengan memakai baju BERSIH 2.0 untuk membuat laporan polis terhadap pengirim SMS ugutan kepadanya.

Selain beliau, pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan sekurang-kurangnya enam lagi tampil membuat aduan berhubung perkara itu.-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan