Pengikut

Isnin, 18 Julai 2011

Najib di Itali, dijadual bertemu Pope Benedict

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib dijadualkan menemui Pope Benedict XVI (gambar) dan mengadakan perjumpaan dengan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican di Castel Gandolfo di sini. -TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan